Program Rakan Kongsi Early Access

15 syarikat. 6 bulan akses Premium. Percuma.

SlidesClock sedang mencari 15 syarikat yang sudi menggunakan sistem ini sebagai pengurusan kehadiran harian dan memberi maklum balas jujur. Sebagai penghargaan, nikmati Premium percuma selama 6 bulan.

Bukan promosi cabutan bertuah

Mendaftar akaun tidak melayakkan anda secara automatik. Setiap permohonan disemak secara teliti oleh pasukan pembina sistem dan dihadkan kepada 15 syarikat sahaja.

Apa yang kami harapkan daripada rakan kongsi

  • Gunakan SlidesClock sebagai sistem kehadiran rasmi syarikat — bagi setiap syif, cawangan dan kitaran penggajian.
  • Kongsi maklum balas jujur mengenai apa-apa kekurangan yang anda alami.
  • Sertai sesi panggilan ringkas bersama kami sekali sebulan.

Apa yang rakan kongsi nikmati

  • Akses Premium percuma selama 6 bulan: penggajian, laporan, eksport data dan pembetulan kehadiran.
  • Saluran komunikasi terus bersama pasukan jurutera pembina aplikasi, tanpa perlu menunggu giliran tiket sokongan.
  • Tiada kad kredit, tiada pembaharuan automatik. Selepas 6 bulan, akaun anda kekal aktif di bawah pelan Free tanpa kehilangan data.

Cara program berfungsi

  1. 1Daftar syarikat anda melalui aplikasi SlidesClock. Akaun akan bermula dengan pelan Free.
  2. 2Mohon dari menu 'Plan & billing' dalam aplikasi atau bahagian 'Early Access' pada papan pemuka web.
  3. 3Pasukan kami menyemak permohonan anda dan menghubungi anda semula.
  4. 4Jika terpilih, akses Premium akan diaktifkan serta-merta selama 6 bulan dari tarikh kelulusan.

Status selepas anda memohon

  • · Permohonan dihantar — kami telah menerimanya dan pelan semasa anda tidak terjejas.
  • · Menunggu semakan — disemak oleh manusia secara teliti, bukan dinilai oleh bot.
  • · Diluluskan — akses Premium aktif dan tarikh luput dipaparkan dalam aplikasi.
  • · Tidak terpilih — tiada perubahan pada akaun anda dan anda boleh memohon semula pada kumpulan berikutnya.
  • · Kouta penuh — kesemua 15 tempat telah diisi. Anda masih boleh memohon untuk diletakkan dalam senarai menunggu.

Mohon menjadi rakan kongsi Early Access

Daftar syarikat anda dahulu — hanya mengambil masa beberapa minit dan percuma — kemudian hantar permohonan melalui aplikasi atau papan pemuka.

15 tempat dalam kumpulan pertama, 6 bulan akses Premium selepas diluluskan. SlidesClock kekal percuma untuk sehingga 5 orang pekerja walaupun anda tidak terpilih.

15 places, 6 months.

Pasukan anda.
Lebih segerak dan teratur.

Slide In. Slide Out.

Mula Percuma
  • Slide In
  • Slide Out